Isu-isu Islam pada zaman kini semakin membimbangkan akibat daripada pengaruh barat yang semakin menular di negara-negara Islam terutama sekali Malaysia. Antaranya ialah :
Berdasarkan keratan akhbar di atas, isu ini disebabkan kurangnya penerapan nilai Islam di dalam diri seseorang individu. Hal ini berlaku kerana ahli keluarga terutamanya ibu bapa tidak mengambil berat dan mementingkan soal agama di dalam diri anak-anak. Sekaligus anak-anak juga tidak mahu meningkatkan pengetahuan tentang agama Islam dan tiada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik sebagai umat Islam.
Selain itu, keratan akhbar di atas juga adalah salah satu punca kemerosotan Islam pada hari ini iaitu disebabkan oleh laman sosial yang semakin menjadi ikutan oleh remaja kini contohnya, facebook, twitter, instagram dan lain-lain. Terdapat segelintir individu yang telah memburukkan agama Islam dalam laman sosial. Mereka lebih mementingkan publisiti berbanding menjaga maruah agama sendiri.
Ajaran Syiah telah bertapak di negara kita sejak beberapa dekad yang lalu dan kini telah berleluasa sehingga ke hari ini. Hal ini berlaku akibat perbezaan kefahaman terhadap agama Islam.
Selain itu, keratann akhbar di atas juga menunjukkan Islam semakin diterima oleh bangsa lain. Dalam hal ini, pihak yang berwajib perlu menjalankan tannggungjawab dan mengambil tindakan dalam menerapkan nilai Islam dalam diri saudara baru. Kita juga sebagai masyarakat Islam yang telah pun sejak azali lagi, perlulah membantu saudara baru kita untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Pendidikan di negara kita juga bukan sahaja menitikberatkan subjek bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya malahan turut memfokuskan terhadap pendidikan Islam. Kerajaan Malaysia telah pun menubuhkan sekolah-sekolah agama yang di iktiraf. Rakyat juga telah mendapat pendidikan Islam yang sewajarnya yang boleh diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan