Ahad, 12 Oktober 2014

Isu-isu Islam pada zaman kini.




Isu-isu Islam pada zaman kini semakin membimbangkan akibat daripada pengaruh barat yang semakin menular di negara-negara Islam terutama sekali Malaysia. Antaranya ialah :





Berdasarkan keratan akhbar di atas, isu ini disebabkan kurangnya penerapan nilai Islam di dalam diri seseorang individu. Hal ini berlaku kerana ahli keluarga terutamanya ibu bapa tidak mengambil berat dan mementingkan soal agama di dalam diri anak-anak. Sekaligus anak-anak juga tidak mahu meningkatkan pengetahuan tentang agama Islam dan tiada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik sebagai umat Islam.



Selain itu, keratan akhbar di atas juga adalah salah satu punca kemerosotan Islam pada hari ini iaitu disebabkan oleh laman sosial yang semakin menjadi ikutan oleh remaja kini contohnya, facebook, twitter, instagram dan lain-lain. Terdapat segelintir individu yang telah memburukkan agama Islam dalam laman sosial. Mereka lebih mementingkan publisiti berbanding menjaga maruah agama sendiri.





Ajaran Syiah telah bertapak di negara kita sejak beberapa dekad yang lalu dan kini telah berleluasa sehingga ke hari ini. Hal ini berlaku akibat perbezaan kefahaman terhadap agama Islam. 



 

Selain itu, keratann akhbar di atas juga menunjukkan Islam semakin diterima oleh bangsa lain. Dalam hal ini, pihak yang berwajib perlu menjalankan tannggungjawab dan mengambil tindakan dalam menerapkan nilai Islam dalam diri saudara baru. Kita juga sebagai masyarakat Islam yang telah pun sejak azali  lagi, perlulah membantu saudara baru kita untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.



Pendidikan di negara kita juga bukan sahaja menitikberatkan subjek bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya malahan turut memfokuskan terhadap pendidikan Islam. Kerajaan Malaysia telah pun menubuhkan sekolah-sekolah agama yang di iktiraf. Rakyat juga telah mendapat pendidikan Islam yang sewajarnya yang boleh diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. 





Rabu, 1 Oktober 2014

Faktor-faktor perkembangan islam di zaman kesultanan Melayu Melaka






















PENDAHULUAN

          Sebelum agama Islam berkembang ke Asia Tenggara terutama negeri Melaka, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya lain. Pengaruh tersebut dapat dikesan secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada zaman sebelumnya. Pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.  Islam juga telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzhaffar Shah islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.
    
        

  FAKTOR 

           Antara faktor perkembangan Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah peranan pedagang daripada Sumatera, peranan pedagang daripada Arab dan India, peranan Sultan dan peranan Ulama'.
           Peranan pedagang daripada Sumatera ialah Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Melaka dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdaganganPedagang-pedagang daripada Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

         


                Seterusnya, peranan pedagang daripada Arab dan India iaitu selain daripada berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut hikayat raj-raja Pasai dan Bustanus Saladdin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz daripada Makkah yang mengislamkan raja, Sri Maharaja, Pembesar dan rakyat Melaka. Pedagang Arab dan India juga berkahwin dengan penduduk tempatan yang menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. 

           












            Selain itu, peranan Sultan. Apabila Sultan Melaka mula memeluk Islam, rakyat juga turut mengikut jejak langkah Sultan dengan memeluk agama Islam. Tambahan pula Islam tersebar melalui perkahwinan antara sultan termasuk perkahwinan Siasah dan perkahwinan biasa. Perkahwinan siasah berlaku di kalangan kerabat di raja

            Faktor-faktor penyebaran Islam di negeri Melaka juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri. Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam, tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi tarikan kepada rakyat Melaka dalam penukaran agama.



               Akhir sekali, peranan ulama'. Pedagang-pedagang Islam yag berdagang di Melaka turut membawa ulama' bersama mereka.  Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain . Para ulama' ini telah menjadi guru agama dan mengajar rakyat Melaka tentang agama Islam di surau dan madrasah. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat Melaka untuk menganut agama Islam. Dengan cara yang telah dinyatakan ini Islam dapat tersebar dengan meluas dan cepat di Melaka dan seterusnya ke seluruh tanah Melayu.

         
 KESIMPULAN

            Kesimpulannya, Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam serta di sambut baik oleh Sultan, pembesar dan rakyat jelata.  Penerimaan menyeluruh oleh rakyat terhadap agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadikan Islam berkembang baik sehingga zaman sekarang.




RUJUKAN